Kak Wani ada seorang kawan, Kak Jah yang dah mencecah umur 45 tahun tapi nampak lawa lagi.
Kami tanya dia, apa rahsia Kak Jah. Katanya dia mula solat Tahajjud sejak
berumur 16 tahun lagi sehingga sekarang. Orang kata oksigen yang
terdapat dalam sekitar jam 3:00-6:00 pagi tu oksigen yang special. Ia dapat
menyegarkan fikiran dan wajah. Ingat masa dolu-dolu pernah terbaca
dalam majalah hiburan tentang rahsia kecantikan seorang artis Indonesia.
Katanya dia akan bangun jam 5:00 pagi untuk menghirup udara segar dinihari.
Amalan dalam Islam ni sebenarnya banyak kelebihan. Sebagai contoh
menjilat tangan selepas makan sebenarnya mempercepatkan proses penghadaman.
Adolf Hitler sendiri percaya pada doa. Dengar ceritanya dia pada malam
sebelum berperang dia akan menyebut "Aku akan menang" sebanyak 44 kali.
Besoknya dia pasti menang. Islam ni lengkap untuk semua aspek kehidupan kita.
Sebab Islam ni datangnya dari Yang Menjadikan alam ini. Tapi ramai antara
kita yang takut dan tak yakin dengan Islam sebab kita rasa logik akal
manusia barat tu lebih logik dari ajaran Islam. Kalaulah saintis barat tak
buat kajian tentang kelebihan menjilat jari selepas makan tentu kita tak
percaya pada fadhilatnya. Dah terbukti baru percaya. Setelah saintis
membuktikan bahawa amalan solat menyebabkan kuantiti darah yang diperlukan oleh
otak akan sampai ke urat otak, barulah kita nak sembahyang, itupun masih
ramai yang sangsi akan kebenarannya. Adakah kita nak suruh saintis buat
kajian hingga terjumpanya syurga barulah kita nak percaya Al-Quran itu benar?
Marilah kita marah pada diri sendiri kerana selama ini kita abaikan
solat malam. Dan marilah kita tanamkan azam untuk mula solat tahajjud malam
ni. Bukan kerana nak lawa tapi kerana sayang kita kepada Allah. Bukankah
kita rindu kepadaNya? Kenapa tak buktikan rindu itu?
"believe it or not? believe it"
2 comments:
oo..ni solat tahajjud eh
cube cari kelebihan solat istikharah lak
share2..
kot2 la jd mkin comey plak ke
huhu
:)
xjmpe kot kelebihan..
jmpe yg ats tu jek awk..
Post a Comment